Ahad, 19 Oktober 2014

BAB 1 CAMPUR TANGAN BRITISH DI TANAH MELAYU

FAKTOR CAMPUR TANGAN BRISH DI TANAH MELAYU

 FAKTOR EKONOMI
Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaru telah berjaya ditemui yang memerlukan penggunaan bijih timah. Bijih timah amat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman. Pelaksanaan dasar imperialisme Barat ini adalah lanjutan kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme dan pengamalan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme merupakan sistem yang menjadikan  sesebuah negara kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini menekankan kekayaan dan kekuasaan sesebuah negara.

FAKTOR POLITIK
a. Masalah Yang Berlaku Di  Negeri-Negeri Melayu

Perang saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan kawasan. Contohnya di Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina. 
Bitish campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari perbalahan pembesar-pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan Bijih Timah.

 b.Perubahan  Politik Dan Dasar Di Britain

Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan teknologi baru.  Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak Barat terutamanya British kerana  banyak sumber dan hasil bumi yang belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan. 

c. Faktor Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing

Selain British, kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang bersaing untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an  kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah. Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan terbaik bagi British untuk mengelakkan fenomena ini

REAKSI AWAL MASYARAKAT TEMPATAN
 Penentangan Di Naning

Melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada 17 Mac 1824, Malaka diletakkan di bawah kuasa British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka (Naning terletak di sempadan daripada antara Melaka dan Negeri Sembilan). Gabenor Fullerton berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka. Hal ini mendapat tentangan daripada Dol Said iaitu penghulu Naning.

Penentangan Di Perak

Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, telah meletakkan J.W.W. Birch sebagai Residen British yang pertama di Perak. Sistem Residen tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar Melayu yang lain disebabkan oleh sikap Birch. Ketidakpuasan terhadap Sistem Residen dan sikap peribadi Birch telah membawa kepada komplot antara pembesar Melayu untuk membunuhnya.
Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato Maharajalela dan beliau telah mengarahkan supaya Pandak Indut dan Seputum membunuh Birch. Birch telah berjaya dibunuh di Pasir Salak pada 12 November 1875. Terdapat juga beberapa sebab lain yang menjadi punca penentangan di Perak iaitu:

i. Kerajaan British dan Birch telah menyekat hak untuk mengutip cukai yang sebelum ini diamalkan oleh pembesar Melayu. Kutipan cukai adalah sumber pendapatan utama pembesar Melayu ketika itu.
ii.Kerajaan British telah menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris.
iii.Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak. Contohnya menghapuskan sistem pengabadian iaitu seseorang menjadi hamba pemiutang kerana tidak mampu untuk membayar hutang. Selain itu, Birch juga memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang lari daripada tuannya. Campurtangan dalam adat istiadat orang Melayu juga telah menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu.
iv.Sikap Birch juga telah menambahkan kemarahan pembesar Melayu. Antaranya seperti Birch telah melaksanakan pembaharuan yang terburu-buru dan tindakannya itu tidak mengambil kira perasaan orang Melayu. Birch juga tidak pandai  berbahasa Melayu dan ini telah menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan orang Melayu. Selain itu, sikap Birch yang sangat kasar misalnya beliau pernah membakar rumah 2 orang pembesar Perak iaitu Raja Ngah Ibrahim dan Tengku Paling Besar yang berkuasa memungut cukai.

Penentangan Di Kelantan

Melalui perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok), kuasa Siam ke atas Kelantan telah diserahkan kepada British. James Scott Mason telah dilantik menjadi penasihat British yang pertama di Kelantan. Penentangan yang tercetus di Kelantan telah dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut).
 Antara sebab-sebab berlakunya penentangan di Kelantan adalah
a. Ketidakpuasan Hati Engku Besar Jeram
Perlantikan pegawai daerah di Pasir Puteh telah mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar Melayu iaitu Engku Besar Jeram Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan kuasa dan dipaksa membayar cukai.

b. Pengenalan Sistem Tanah Baharu 1915
Sistem tanah baharu ini diperkenalkan di mana orang ramai perlu membayar sewa yang tetap.

c. Pengenalan Cukai Pertanian
British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanaman utama penduduk Kelantan iaitu padi dan kelapa.

d Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas. Beliau telah mencaci pembayar cukai yang lewat. Perasaan tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh pada 29 April 1915. Dengan bantuan Sultan Kelantan, British telah berjaya menumpaskan pemberontakan ini dan berjaya membunuh Tok Janggut pada 24 Mei 1915.

Penentangan Di Terengganu

Pemberontakan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong). Pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Tani.

Faktor–faktor penentangan di Terengganu ialah:
i. Kerajaan British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanah dan rakyat juga dikenakan cukai kepala.
ii. British memperkenalkan sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididkan tradisional.
iii British memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam.

Pemberontakan ini telah bermula pada 21 Mei 1928 dimana orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Walaubagaimanapun pemberontakan ini berjaya ditumpaskan oleh British dan Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang negeri ke Makkah.

PERJUANGAN PERINGKAT KESELURUHAN

NASIONALISME MELAYU

a. Tahap Keagamaan
Tahap ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam  yang berlaku di Timur Tengah terutama di Turki dan Mesir. Gerakan di Timur Tengah ini diketuai oleh Sheikh Muhammad Abduh dan kumpulan penyokongnya ‘Al-Manar’ di Kaherah. Kumpulan itu memperjuangkan konsep Pan-Islam (pembebasan agama Islam dari fahaman kuno). Perjuangan ini juga dikenali sebagai ‘Pembaharuan Islam’ atau ‘Gerakan Wahabi’. Ia di pelopori oleh Syeikh Tahir Jaluludin dan Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Kaum Muda. Kumpulan mereka telah menerbitkan beberapa majalah seperti Al Iman, Al-Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk menyebarkan ideologi mereka. Perjuangan Kaum Muda telah mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang terdiri daripada golongan elit Melayu tradisional dan ulama

b. Tahap Sosial Dan Ekonomi
Perjuangan tahap ini lebih bersifat sekular dan bertumpu kepada sosioekonomi. Perjuangan ini lahir akibat kesedaran masyarakat Melayu yang ketinggalan dari segi ekonomi dan politik berbanding kaum lain. Kelahiran persatuan seperti Persatuan Melayu Singapura (1926) yang berperanan untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan untuk mendapatkan arus kemodenan manakala penubuhan Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) pada tahun 1934 untuk memperjuangkan pemulihan sosioekonomi orang Melayu.

NASIONALISME CINA

Faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme Cina ialah kewujudan Gerakan Pembaharuan 100 hari. Gerakan Pembaharuan ini adalah bertujuan untuk membawa kemodenan kepada negara Cina. Namun pengaruh ini telah merebak ke negeri Selangor dan Perak. Gerakan Revolusioner turut mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu. Gerakan ini dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen yang menentang kekejaman kerajaan Manchu. Pengaruh lain adalah pengaruh Parti Kuomitang. Parti ini telah memperjuangkan semangat penyatuan dengan negara Cina dan mengukuhkan negara melalui perindustrian dan pemodenan.

NASIONALISME INDIA

Isu yang membangkitkan semangat nasionalisme orang India ialah kegiatan Antikolonial di kalangan orang Punjabi. Kegiatan ini adalah dipengaruhi oleh Pergerakan ‘Ghadr’ yang bertujuan untuk menghalau British dari India. Pergerakan ini telah mempengaruhi semangat orang India di Tanah Melayu.


Parti-parti yang lahir adalah untuk bertujuan membela nasib orang India. Antaranya adalah Persatuan India Taiping dan Persatuan India Selangor. Persatuan ini juga adalah untuk meningkatkan taraf sosioekonomi orang India seperti menubuhkan sekolah, pusat kesihatan kecil dan kelas bahasa Hindi. Central Indian Assciation (CIAM) yang ditubuhkan pada tahun 1936 telah menggabungkan 12 persatuan dan 4 Dewan Perniagaan India. CIAM memperjuangkan kemajuan dan kepentingan politik orang India di Tanah Melayu.

KESIMPULAN
  • Setelah Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511, kerajaan Melaka tidak terus lenyap.
  • Sebaliknya tradisi ini diwarisi oleh kerajaan Kesultanan Johor Lama yang berkembang selepas tahun 1520-an.
  • Kewujudan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dianggap penting dalam sejarah awal Malaysia kerana disinilah bermulanya institusi kesultanan yg diwarisi oleh kerajaan-kerajaan Melayu yang muncul kemudian di negeri-negeri Melayu
ULASAN
·         Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa
·         Penjajah memperlihatkan bayak kesa negative kepada sesebuah Negara bangsa

·        ·         Sejarah awal Negara memperlihatkan kehidupa masyarakat zaman awal dan perkembangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan