Ahad, 19 Oktober 2014

BAB 1 SEJARAH AWAL MELAKA

Wilayah Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

SEJARAH AWAL MALAYSIA (MELAKA)

PENGENALAN
  • Zaman kesultanan Melayu Melaka adalah antara institusi kesultanan Melayu yang terawal di Tanah Melayu.
  • Kewujudan kesultanan ini menandakan bermulanya satu sistem politik Melayu yang dikenali sebagai kerajaan.
  • Sebelum Melaka, beberapa buah kerajaan Melayu telah muncul di Kepulauan Melayu seperti Langkasuka, Srivijaya, Gangga Negara, Palembang dan Temasik.
  • Namun, pengaruh kerajaan-kerajaan ini tidak dapat bertahan lama sehingga kemunculan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
·         Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan tempat persembunyian lanun.
·         Penduduk terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat yang menyara kehidupan harian dengan menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan.
·         Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (1400) yang berasal dari Palembang, Sumatera.
·         Baginda telah melarikan diri ke Temasik setelah Pelembang ditakluki Majapahit.
·         Baginda terpaksa melarikan diri ke Muar kerana diusir oleh tentera Siam, sebelum berpindah ke Melaka.
·         Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan menyebabkan Melaka berkembang dan muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di Kepulauan Melayu.
·         Abad ke-15, kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Asia Tenggara.
·         Kemakmuran Melaka semakin bertambah apabila Parameswara memeluk Islam.
·         Langkah ini menarik lebih ramai pedagang Islam dari Timur Tengah untuk berdagang di Melaka.
·         1405- Melaka menjalin hubungan diplomatik dengan China.
·         Melaka terus berkembang pesat serta bebas dari ancaman dan serangan Siam.

FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
  • Kedudukan Melaka yang strategik- jalan perdagangan antarq China dan India- jalan masuk yg sesuai utk kapal berlabuh krn pelabuhan yang dalam.
  • Strategik dari segi geografi- terlindung drpd angin monsun.
  • Kestabilan politik dan sistem pentadbiran Melayu- baik, teratur, menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.
  • Tindakan raja-raja Melaka memeluk Islam-menggalakkan pedagangan.
·        PERKEMBANGAN MELAKA

Sultan Melaka
Tempoh memerintah
1400 – 1414
1414 – 1424
1424 – 1444
1444 – 1446
1446 – 1456
1456 – 1477
1477 – 1488
1488 – 1511

KESIMPULAN
  • Setelah Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511, kerajaan Melaka tidak terus lenyap.
  • Sebaliknya tradisi ini diwarisi oleh kerajaan Kesultanan Johor Lama yang berkembang selepas tahun 1520-an.
  • Kewujudan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dianggap penting dalam sejarah awal Malaysia kerana disinilah bermulanya institusi kesultanan yg diwarisi oleh kerajaan-kerajaan Melayu yang muncul kemudian di negeri-negeri Melayu
ULASAN
·         Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa
·         Penjajah memperlihatkan bayak kesa negative kepada sesebuah Negara bangsa
·        ·         Sejarah awal Negara memperlihatkan kehidupa masyarakat zaman awal dan perkembangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan