Ahad, 19 Oktober 2014


Proses Pembentukan Malaysia


Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan proses pembentukan Malaysia.

Dailog Borneo

Selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada tahun 1961, Gabenur Sarawak, Borneo Utara dan Pesuruhjaya Brunei telah mengadakan perbincangan dengan Pesurujaya Agong British di Singapura. Walaubagaimnapun tidak ada sebarang persetujuan muktamad dicapai. Hanya satu kenyataan bersama telah dikeluarkan dimana negeri-negeri tanah jajajahan Inggeris itu telah meganjurkan kerjasama yang lebih rapat antara negeri-negeri di Borneo sebelum membuat sebarang langkah untuk menyertai Perseketuan Malaysia.    


 Penubuhan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan (MSCC)

Jawatankuasa Perpaduan dan Perundingan (MSCC) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961 ekoran dari Persidangan Persatuan Parlimen Serantau. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei telah menghantar 5 orang wakil. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Donald Stephens. Terma rujukan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

  1. Untuk mendapatkan pandangan-pandangan dari negeri-negeri yang berpotensi tentang cadangan Malaysia untuk menubuhkan Malaysia.
  2. Menyebarkan penerangan tentang gagasan Malaysia.
  3. Inisiatif dan galakan untuk bertukar-tukar pandangan tentang gagasan Malaysia.
  4. Menggalakkan beberapa aktiviti yang dapat membantu pembentukan Perseketuan Malaysia

Rombongan Ke London

Dengan tercapainya persefahaman antara Singapura dan Perseketuan Tanah Melayu, Kerajaan British telah mengundang Tunku Abdul Rahman untuk membincang dengan lebih mendalam serta menyediakan jalan perundingan denga negara-negara Borneo. Rumusan dalam perbincangan di London itu jelas menunjukkan bahawa gagasan Malaysia telah mulai mendapat dokongan dari negeri-negeri Borneo. Walaubagaimanapun, pendapat rakyat hendaklah diambil kira. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Sultan Brunei adalah mustahak dan mesti diambil kira.


2c.4. Jawatankuasa Antara Kerajaan

Selepas Jawatankuasa Cobbold melaksanakan tugasnya, maka satu Jawatankusa Antara Kerajaan yang diketuai oleh Lord Landsdowne telah ditubuhkan. Tun Abdul Razak Hussain sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi anggota-anggotanya.

Jawatankuasa ini telah menubuhkan satu perlemabagaan, khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Tugas penting Jawatankuasa ini ialah membentuk satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei.



2c.4.1. Suruhanjaya Cobbold

Pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold telah ditubuhkan bagi mendapatkan respons dari rakyat Borneo Utara dan Sabah. Keanggotaanya terdiri dari lima orang pegawai dengan tiga pegawai-pegawai British dan dua orang pegawai Malaysia.

Fungsi utama Jawatankuasa Cobbold adalah untuk mendapatkan referendum rakyat di Borneo Utara dan Sarawak tentang idea pemebentukan negara Malaysia. Jawatankusa Cobbold telah mencadangkan perkara-perkara berikut:
(a)     Perlembagaan baru negara hendaklah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu  ada.
(b) Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.
(c) Penguatkuasaan kuasa imigresen oleh Kerajaan Perseketuan adalah bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri.
(d)  Tada ada ruang untuk menarik diri.
(e) Proses Pemborneoan boleh dilaksanakan tetapi pegawai-pegawai Inggeris masih boleh memegang jawatan perkhidmatan awam sehingga ada ana tempatan yang layak.
(f) Kebebasan agama dijamin dan tidak menjadikan satu-satu agama sebagai agama rasmi di negeri-negeri tersebut

KESIMPULAN

Rancangan penubuhan Perseketuan Malaysia akhirnya berjaya dilaksanakan tanpa ehadiran Brunei. Malaysia lahir secara rasmi pada 16 September 1963. Namun, Singapura juga telah keluar dari Malaysia pada tahun 1963. Sabah dan Sarawak kekal berada di dalam Malaysia hingga kehari ini. Penubuhan Malaysia telah mendapat tentangan dari Indonesia pada peringkat permulaan sehingga telah menimbul konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia pada tahun 1963..

ULASAN

  • Peristiwa penubuhan Malaysia banyak memberi pengajaran kepada kita
  • Tolak Ansur dan kerjasama dapat diwujudkan
  • Masyarakat malayu terus ditindas
  • Seserang itu perlu tahu bahawa tidak ada jalan yang lebih mudah

Rujukan

Ahmad Atory Hussain. 1990. Politik Dan dasar Awam Malaysia. KL: Utusan Publications and Distributors.
Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. 2007. Pengajian Malaysia. PJ: Oxford Fajar
Jayum A Jawan. 2007. Malaysian Politics & Government. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia – Warisan dan Perkembangan. KL: DBP.

http://efiles.mediu.edu.my/mye-books/ACD/Pengajian%20Malaysia.doc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan